Wednesday, February 4, 2009

Jagung Manis



Ok, Kali ini kita bercerita pulak pasal Jagung Manis.

Sebab the official supplier Jagung Manis kita Abang Adi kata dia akan bawak masuk sweet corn dari utara pada hari Khamis ni.

Untuk order sila sms Abg Adi 0162400468 atau email adiashim@yahoo.com.

Untuk pengedar sila hubungi terus Abg Adi di nombor di atas dan untuk pengambilan jagung di sekitar Sg Buloh.

Jadi mari kita tengok pulak apa kebaikan yang ada pada Jagung ni. Sebelum tu, macam biasa serba sedikit pengetahuan berkenaan Jagung/Corn.

Ada pendapat mengatakan jagung ini telah digunakan oleh manusia sejak 10,000 tahun yang lampau, sementara ada pula yang mengatakan ianya bermula sejak kira-kira 7,000 tahun dulu. Tak kira lah bila ianya bermula pun, yang penting Jagung juga adalah makanan yang berkhasiat yang telah diamalkan sejak turun temurun, ya lah, kalau tidak masakan adanya corn oil dipasaran yang dinobatkan sebagai minyak masak yang mampu mengurangkan risiko serangan sakit jantung… (ish sal proper bebeno bahasa aku kali nih???).

Ok, apa kata kita lihat sejenak sedikit fakta menarik berkenaan jagung. Selama ini bila kita bercerita pasal jagung kita akan terbayang yang jagung itu berwarna kuning. Rupa-rupanya jagung ini banyak warnanya ada merah, merah jambu, hitam dan biru, ada juga yang bertompok-tompok (spotted) dan berjalur, selain yang norma nya satu warna. Hmmm, selalunya yang hitam tu rentung la pasal bakar lama sangat… Walaupun telah beribu tahun dahulu jagung telah digunakan oleh manusia, tetapi ianya mula dipopularkan oleh Christopher Columbus ketika beliau menakluki dunia barunya. Nama saintifik (yang juga nama Latin) Jagung adalah Zea Mays, yang mana ianya mengiktiraf nama tradisinya yang banyak digunakan dimerata tempat iaitu Maize.

Sebenarnya perkataan corn itu sendiri adalah satu perkataan yang agak mengelirukan, kerana dikebanyakan tempat perkataan corn itu merujuk kepada sesuatu yang lain, contohnya orang Inggeris mengelarkan gandum itu sebagai corn, di Ireland pula corn itu adalah oats. Ada juga band metal yang menggelarkan diri mereka the “Korn” …. errr tak ada nama lain ker? cornstarch ker, cornoil ker…

Baiklah, mari kita lihat apa kebaikan yang ada pada Jagung ini:

Di dalam www.todays-women-and-health.com, disenaraikan 4 kebaikan utama jagung ini. Saya selitkan juga beberapa pendapat lain di dalam senarai ini supaya ianya tampak lebih kemas (gamaknya la)…

1. Kesihatan Jantung

Jagung memang terkenal dengan kebaikannya yang dapat membantu mengurangkan risiko serangan sakit jantung. Ianya sangat berguna untuk cardiovascular manusia. Pembinaan “homocysteine” di dalam badan sering kali dikaitkan dengan penyakit jantung. Pembinaan “homocysteine” di dalam darah menjadi penyumbang kepada tersumbatnya saluran darah yang mengalir ke jantung mahupun ke otak. “Homocysteine” boleh terbentuk apabila berlaku abnormalities (kecacatan) serta defisiensi dalam pemprosesan Vitamin B dalam badan. Jagung mengandungi tahap asid folic (sejenis vitamin B) yang tinggi, yang mana ianya mampu memulihkan saluran darah yang tersumbat. Selain dari itu juga Jagung mengandungi niacin (rujuk article berkenaan cendawan dan labu) yang dikatakan mampu menurunkan tahap kolesterol, sekaligus membantu mengurangkan penyakit-penyakit berkaitan dengan jantung. Magnesium pula yang ada dalam jagung membantu melancarkan perjalanan darah, oksigen serta khasiat makanan keseluruh tubuh badan. Selain dari itu juga magnesium dapat mengurangkan keadaan penyakit lain seperti asma, migrain, tekanan darah yang tidak normal serta mengurangkan risiko penyakit “atherosclerosis” (keadaan dimana pembuluh darah menebal dan boleh meyebabkan tersumbat) serta penyakit jantung-kencing manis.

2. Dapat mengurangkan risiko barah paru-paru (lung cancer) - smokers take note !!!!

Satu kajian yang telah dipaparkan di dalam Cancer Epidemiology, Biomarkers And Prevention, yang dijalankan di China mendapati mereka yang banyak memakan makanan seperti jagung, labu, betik, oren dan beberapa jenis buah lagi, mendapati risiko barah paru-paru telah menurun sebanyak 37% bagi mereka yang merokok. Ini adalah kerana jagung (dan buah-buahan yang lain tadi) mengandungi “beta-cryptoxanthin” atau biasa disebut sebagai carotenoid, ianya lebih bersifat provitamin A, yang mana apabila diserap oleh tubuh carotenoid ini ditukar menjadi vitamin A.

3. Penambah Tenaga

Jagung mengandungi “pantothenic acid”. Asid pantothenic ini sangat berguna bagi tubuh badan manusia kerana ianya mampu untuk mengubah karbohidrat yang kompleks menjadi glukosa yang seterusnya membekalkan tenaga kepada tubuh badan. Ianya juga dikenali sebagai vitamin B5. Ada juga pendapat yang mengatakan pantothenic acid ini mampu merangsang mimpi yang agak vivid (jelas) jika diambil sebelum tidur dan mungkin dapat mengingatinya kembali. Hmmm menarik, Abg Saidi ! Chuppp 3 packet!!! Selain dari itu Pantothenic acid ini digelar sebagai vitamin anti-stress. Ini adalah kerana asid jenis ini berupaya membentuk pelbagai jenis hormon adrenal yang memberikan manusia keupayaan untuk bertindakbalas serta menyesuaikan diri dengan pelbagai keadaan stress/tekanan.

Dalam masa yang sama juga, beta-carotene di dalam jagung juga menambahkan hemoglobin di dalam badan. Hemoglobin adalah sejenis protein yang membawa oksigen ke sel-sel dalam badan dan mampu mengurangkan rasa keletihan.

4. Meningkatkan Metabolisma

Jagung sangat kaya dengan manganese, sejenis mineral yang merangsang kelenjar thyroid manusia untuk membina lebih banyak “triiodothyronine”, iaitu sejenis hormon yang meningkatkan kadar metabolisma manusia. Lebih tinggi kadar metabolisma lebih baik proses pembuangan sisa badan manusia, dan ada berpendapat ianya juga dapat membantu bagi mereka yang ingin mengurangkan berat badan.

Selain daripada yang tersenarai diatas, terdapat beberapa khasiat Jagung ini. Ianya juga telah terbukti dapat merendahkan tahap kolesterol, mengurangkan risiko barah usus (colon cancer) dan mengurangkan sakit perut. Ianya juga sangat baik untuk sistem penghadaman. Tambahan pula ianya mampu menstabilkan kandungan gula dalam darah, yang mana ianya bermanfaat bagi mereka yang mempunyai penyakit seperti hypoglycemia dan kencing manis.

Jagung juga dikatakan mengandungi sumber “thiamin” atau vitamin B1. Selain daripada salah satu sumber yang membantu pembinaan tenaga ianya juga sangat penting bagi fungsi kognitif sel otak (proses otak berfikir). Ianya diperlukan bagi proses sintesis “acetylcholine”, satu jenis neurotransmitter yang penting untuk meningkatkan daya ingatan.

Yang terakhir sekali adalah ianya dapat mengurangkan risiko NTD atau Neural-Tube Birth Defects (kecacatan bayi baru lahir). NTD boleh menyebabkan kematian atau kecacatan yang serius.

Antara lain, perubatan tradisi menyatakan yang tepung jagung dapat mengurangkan gatal-gatal kulit. Cuma ambil sedikit tepung jagung, campurkan dengan sedikit air dan sapukan kebahagian yang terasa gatal mungkin kerana gigitan serangga. Bagi chickenpox pula masukkan satu sudu besar tepung jagung kedalam mandian, 15 minit mandian dapat mengurangkan rasa gatal pada badan. Jika jagung itu sendiri mampu melancarkan proses pembuangan, tepung jagung pula bertindak sebaliknya. Jika berlaku diarrhea, ambil satu atau dua sudu tepung jagung campurkan dengan segelas air minuman.

Jadi, setelah membaca article di atas, boleh lah kita order dari Abang Adi jagung-jagung tu. Jangan berlengah lagi, stok terhad. No Tel Abang Adi - 0162400468.